Di Port Dickson, telah berlangsung Majlis Menandatangani Aku Janji Agihan Wakalah Zakat antara pihak Politeknik Port Dickson dan MAINS. Simbolik penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Operasi) MAINS, Dato' Nor Azmi Musa dan telah diterima Pengarah, Politeknik Port Dickson, Hasan Mohd. Sharif. Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Port Dickson, Ts. Dr. Engku Shahrulerizal Engku Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Port Dickson, Ahmad Zaidi Mispan.