25 Julai 2024
 
Seramai lima orang pensyarah yang terdiri daripada Jawatankuasa APACC Politeknik Port Dickson telah menyertai ‘National Seminar on Empowering Leadership in TVET’ yang diadakan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor.
 
Program ini dianjurkan oleh Colombo Plan Staff College (CPSC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
 
Antara ahli panel utama yang telah menyampaikan pembentangan mereka ialah H.E. Irfan Davudov (Duta Besar Republik Azerbaijan), Prof. G.L.D. Wickramasinghe (Ketua Pengarah Colombo Plan Staff College), Engr. Dr. Mian Khuram Ahsan (Senior Faculty Specialist Colombo Plan Staff College), Dr. Shamsuri bin Abdullah, Pengarah Politeknik Ungku Omar dan Dr. Chandra Sagaran M. Miniandy, Pengerusi Malaysian Green Technology Society. Moderator bagi Open Forum Panelist ialah Dr. Kesavan Ulaganathen (Governing Board-Engaged Faculty Consultant Colombo Plan Staff College).
 
Seminar ini bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan di institusi TVET.