24 Julai 2024 (Rabu)
 
Kursus Nyanyian Berkumpulan (Koir) anjuran Unit Kebudayaan, Jabatan Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Port Dickson (PPD) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2024 bertempat di Bilik Sumber, PPD.
 
Kursus yang disertai oleh 15 orang staf PPD ini telah mendapat tunjuk ajar dari penceramah dari komposer terkenal industri muzik tanah air iaitu Prof Dr Mohd Azam (Azam Dungun), YM Raja Iskandar (Is Wow) dan Encik Rosman Adam (pengajar teknologi muzik Kementerian Pendidikan Malaysia).
 
Diharap melalui kursus ini dapat meningkatkan ilmu serta menggilap bakat peserta terlibat.