24hb Julai 2024 - Pasukan ETAC DKA Politeknik Port Dickson telah mengadakan sesi lawatan penandaarasan ke program Diploma of Civil Engineering, Faculty of Engineering, Built Environment, and Information Technology, MAHSA University. Delegasi yang diketuai oleh Pn. Nor Haniza Binti Mustafar Kamar, Ketua Program DKA PPD telah disambut baik oleh pihak pengurusan fakulti dan program DKA MAHSA University ; Assoc. Prof. Ts. Dr. Iman Farshchi (Dekan), Ts. Siti Afifah (Timbalan Dekan), En. Syazwan (Ketua Program DKA), En. Fairuz, Dr. Ummi serta pegawai-pegawai fakulti.
 
Pasukan ETAC DKA yang menghadiri program ini terdiri dari 17 orang dengan matlamat untuk mendapatkan perkongsian amalan baik dari program DKA MAHSA University. Sesi perkongsian yang telah berlangsung berjalan dengan baik serta positif kepada kedua-dua belah pihak seterusnya membuka peluang bagi mengukuhkan jalinan kerjasama yang baik serta bermanfaat kepada kedua-dua institusi.