12 Julai 2024 (Jumaat)
 
KUNJUNGAN HORMAT GLOBAL ACADEMIA SDN BHD (GASB) KE CENTRE FOR ELECTRICAL, ENERGY, TECHNOLOGY & SERVICES (CENTS), POLITEKNIK PORT DICKSON
 
Tujuan kunjungan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara pihak CENTS dengan GASB) dalam bidang latihan teknikal dan vokasional. Kami juga berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang-bidang seperti tenaga elektrik, teknologi dan perkhidmatan.
 
Tuan Hj. Mohd Jahidi bin Rosdi, selaku Ketua Pusat, Centre for Electrical, Energy, Technology & Services (CENTS), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson menyambut dan memberi taklimat kepada Ts. Dr. Zaharuddin Saidon
Pengarah Eksekutif, Global Academia Sdn Bhd serta rombongan. Juga terlibat Jawatankuasa CENTS dan pensyarah JKE PPD. Turut hadir, Ts Siew Peng Wah, KNX Skill Development Center.