2 Julai 2024 (Selasa)
 
Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang terdiri daripada APACC Anchor Team, Work Group Leader (WGL) Assistant Work Group Leader (AWGL), Criterion Secretary (CS) dan Juruaudit Dalaman APACC lantikan 2024 telah mengikuti bengkel APACC Iceberg Breaker 2024: Exploring The Manual Extraordinarily yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk APACC, Politeknik Port Dickson di Pusat Sumber PPD dengan jayanya. Bertepatan dengan penganugerahan Platinum No#1 kepada Politeknik Port Dickson, maka bengkel ini adalah bagi memastikan Jawatankuasa APACC yang baru dilantik pada tahun 2024 cakna, peka dan maklum mengenai perihal pengurusan dan pengendalian manual APACC, kaedah memahami manual, cara untuk mencari bukti dan sebagainya.
 
Pelbagai aktiviti ice breaking yang menarik telah dijalankan oleh Pegawai Psikologi dari Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Port Dickson. Disamping itu, taklimat halatuju, pengenalan manual dan pusat data APACC juga telah disampaikan kepada peserta.
 
Sukacitanya, Pengarah Politeknik Port Dickson, Tuan Haji Hasan bin Sharif B.C.M, P.J.K telah merasmikan cogan kata baharu APACC PPD iaitu #WeArePlatinumPPD sebagai penyuntik momentum dan semangat gerak kerja pasukan dalam Jawatankuasa APACC, seterusnya semangat ini dapat disebar luas kepada seluruh warga Politeknik Port Dickson. Sesi penyampaian Manual APACC oleh Pengarah kepada WGL C1 hingga C7 juga turut diiringi oleh Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman, Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Port Dickson.