24 Jun 2024 (Isnin)
 
Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Pertubuhan BANTTU Malaysia mengambil inisiatif menyantuni Orang Asli di Kampung Rening, Cameron Highlands. Seramai 30 orang sukarelawan pelajar dan 4 orang pegawai telah terlibat dalam Misi Singgah Santun ke Perkampungan Orang Asli Rening, Pos Telanok, Cameron Highlands.
 
Seramai 270 penduduk, 52 buah keluarga telah dikenalpasti bagi menyampaikan sumbangan. Sumbangan sebanyak 60 Bakul Dapur Makanan telah dikumpulkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Port Dickson dan diserahkan kepada Tok Batin dan semua penduduk kampung. Sumbangan Bakul Makanan ini ditaja sepenuhnya oleh warga Politeknik Port Dickson dan penaja persendirian. Sumbangan pakaian terpakai dan baharu turut diberikan pada program singgah Santun ini.