20 April 2024 (SABTU)
 
Kursus Silang Budaya anjuran Kelanasiswa Politenik Port Dickson telah diadakan di DK6, Politenik Port Dickson dengan tema "Memartabatkan Warisan Budaya Malaysia".
 
Kursus ini disampaikan oleh Dr. Wan Muna Ruzzana Binti Wan Mohammad, Pesuruhjaya Daerah Kelanasiswa UKM. Beliau turut dibantu oleh Kelanasiswa UKM Rusydina Faqihah Binti Redzuan, Syazana Binti Norezan dan Muhammad Nur Izzat Bin Nor Shahidan.
 
Mengapa dalam pengakap perlunya Silang Budaya?
 
Kita sedia maklum bahawa pergerakan pengakap adalah merentasi semua kaum, umur malah ianya adalah satu pergerakan pengakap diperingkat dunia.
 
Dalam pengakap, turut diajar untuk menghormati adat budaya dan agama kaum-kaum lain. Oleh itu, bagi memartabatkan warisan budaya terutamanya di Malaysia melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada budaya-budaya yang ada di Malaysia antaranya melayu, cina, india dan etnik melalui tarian, makanan dan permainan.
 
Selain itu, Silang Budaya ini menjadi satu syarat kepada kelana bagi melayakkan mereka ke pentarafan Anugerah Baden Powell.