4 April 2024 (Khamis) - Penyerahan sumbangan barangan keperluan sempena Program Mahabbah Ramadhan 2.0 bertempat di Masjid Dato' Sheikh Mohd Murtadza Taman Politeknik, Port Dickson yang disampaikan oleh Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam) kepada golongan asnaf yang terlibat.
 
Program yang dijalankan adalah merupakan aktiviti Khidmat Komuniti anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson bersempena bulan Ramadhan 1445H. Sumbangan juga di agihkan kepada kakitangan pengawal keselamatan dan juga pekerja pembersihan Blok Akademik.
 
Semoga hubungan silaturrahim di antara komuniti setempat dengan warga jabatan dapat dieratkan lagi.