3 April 2024 (Rabu) – Satu Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kitar Semula anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dengan kerjasama Jabatan Sukan Kurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan SmartGreen Politeknik Port Dickson bertempat di Dewan Kuliah 5 Politeknik Port Dickson. Majlis ini dihadiri En Hasan bin Mohd Sharif (Pengarah Politeknik Port Dickson), En Razali bin Bakri (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), Ts. Dr. Baharin bin Ahmad (Pengerusi SmartGreen PPD) dan Pn Siti Siti Fatimahtuhzahrah binti Khairudin (Ketua Kursus Kurikulum JSKK).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Fadzieatul binti Abdul Samah (wakil Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson) dan turut dihadiri oleh En Azri bin Osman (wakil Pengurus Cawangan SWCorp).

Penganjuran majlis ini merupakan penutup bagi Bulan Kitar Semula (BKS) yang telah diadakan selama sebulan iaitu sejak 23 Februari hingga 23 Mac 2024 bagi memberi pendedahan kepada warga pensyarah dan pelajar mengenai kepentingan kitar semula di Politeknik Port Dickson. Seramai 120 orang pelajar dari Kelab Amalan 5S dan Kelab Mesra Alam terlibat dalam menyiapkan Mini Projek bagi kursus Kokurikulum MPU24021.