3 April 2024 (Rabu)
 
Lawatan rasmi oleh Tuan Pengarah Politeknik Port Dickson, Tuan Haji Hassan bin Mohd Sharif ke program Electrified Automation Advancement Programme (EAAP) atas anjuran Unit Corporate Industrial Services and Employability Center Politeknik Port Dickson (CISEC PPD) dengan kerjasama dan di bawah insiatif SG Akademik dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
 
Program ini disertai oleh pelajar-pelajar India dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Port Dickson yang bermula dari 30 Mac 2024 sehingga 5 April 2024 bertempat di Bangunan Makmal JKM PPD.
 
Turut hadir bersama adalah En. Abdul Rahim bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Akademik), En. Khairun Syatirin bin Md Salleh, Ketua Jabatan JKM PPD, En Abdul Razak bin Ismail, Ketua Jabatan JKE PPD, Ketua CISEC PPD Dr. Zanariah binti Kasim dan Penyelaras CISEC JKM En. Mohd Fitri bin Basiran.
 
Diharap melalui program latihan ini, siswa siswi akan berjaya mendapat ilmu tambahan selain sijil pengiktirafan yang amat bermanfaat untuk kerjaya dan masa depan mereka terutamanya dalam bidang Electrical Vehicle.