27 Mac 2024 (Rabu)
 
Jabatan Matematik, Sains & Komputer dengan kerjasama Jawatankuasa E-Learning dan Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Port Dickson telah menganjurkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) iaitu Bengkel Asas Canva Editing Skills.
 
Bengkel ini telah disertai oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf Politeknik Port Dickson, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Intan Perdana dan pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
 
Bengkel disampaikan oleh Pensyarah JMSK iaitu Pn. Nur Hafezah binti Md Yasin dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator.
 
Sepanjang program, peserta telah diberi pendedahan tentang asas dan penyuntingan grafik menggunakan Canva.
 
Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam menghasilkan rekaan grafik mudah pada masa akan datang.