27 Mac 2024 (Rabu)
 
Program Cendera Gemerlapan telah berlangsung di Pusat Kebajikan Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Miskin di Kundur Rembau Negeri Sembilan pada 23 Mac 2024 (Sabtu), jam 4 petang-10 malam.
 
Seramai 10 orang peserta beserta Ajk Seketariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson telah terlibat dalam program tersebut.
 
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program adalah:
 
- perkenalan diri dan srm
- beberapa aktiviti ringkas seperti putera puteri naga dan juga teka siapa saya
- sesi bergambar
- persembahan nasyid khas daripada warga rumah kebajikan
- penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada anak anak di rumah kebajikan disampaikan oleh Ustaz Yusnizam Penasihat SRM PPD kepada Penyelia Pusat Kebajikan.