Pada 22 Mac 2024 - Jumaat
 
Program Pencerapan Bulan dan Majlis Berbuka Puasa Kelab Astronomi
 
Program dimulakan dengan Kelas Praktikal Pengendalian Alat Cerapan yang telah di sampaikan oleh En Muzamir bin Mazan dari Balai Cerap Telok Kemang pada jam 3 petang.
Seramai 20 orang ahli Kelab Astronomi telah terlibat di dalam kelas praktikal ini. Sepanjang kelas ini, Encik Muzamir telah memberikan penerangan terperinci tentang alatan yang digunakan semasa pencerapan langit.
 
Seterusnya aktiviti pencerapan bulan diadakan di Masjid Taman Politeknik, Port Dickson selepas majlis berbuka puasa.
Ahli Kelab Astronomi dan komuniti setempat diberi peluang untuk mencuba pelbagai jenis teleskop yang digunakan untuk cerapan malam.
 
Aktiviti kedua yang dijalankan pula adalah Majlis Berbuka Puasa Ahli Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson. Majlis berbuka puasa ini bertempat di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Majlis ini dijalankan untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli kelab bagi memudahkan kerjasama gerak kerja dalam kalangan ahli.
 
Kesemua aktiviti ahli Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson ini diselia oleh Puan Nur Hafezah Md Yasin dan Puan Roswani Ab Rahman.