20.03.2024 - Politeknik Port Dickson mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Naziran Khas daripada Bahagian Akaun, KPT yang telah melaksanakan semakan Aset Tak Alih Tanah dan Bangunan di Politeknik Port Dickson pada 20.03.2024 hingga 21.03.2024. Naziran Khas telah diketuai oleh Puan Mazura binti Ahmad, Ketua Seksyen Pemantauan, Bahagian Akaun, KPT bertujuan memastikan semua Aset Tanah dan Bangunan di PPD direkod dengan baik bagi persediaan pelaksanaan Perakaunan Akruan Persekutuan yang dijangka dilaksanakan pada tahun 2025.
 
Terima kasih pada semua yang terlibat.