11 Mac 2024 (Isnin)
 
Perjumpaan Santai Warga JMSK bersama Pengarah Politeknik Port Dickson.
 
Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK) telah menerima kunjungan daripada YBrs Pengarah, Tn. Hj. Hasan bin Mohd Sharif bersama Timb. Pengarah (Akademik), En. Abd Rahim bin Ibrahim dan Timb. Pengarah (Sokongan Akademik), En. Razali bin Bakri.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan JMSK, En. Zaidi bin Mispan dan diteruskan dengan sesi perkenalan dan amanat daripada YBrs Pengarah kepada warga JMSK.