11 Mac 2024 (Isnin)
 
Kelanasiswa PPD menjalankan Khidmat Masyarakat pada 9-10 Mac 2024 (Sabtu & Ahad) dengan membantu Malaysian Nature Society dalam Program Raptor Watch 2024.
 
Seramai 48 peserta pada hari pertama dan 40 peserta pada hari kedua yang terdiri daripada ahli Pengakap 2 dan Sekretariat. Termasuk 6 orang pemimpin dan jurulatih menyertai program ini.
 
Terdapat beberapa aktiviti berbeza yang perlu dilaksanakan secara bergilir oleh ahli Pengakap Kelanasiswa PPD antaranya adalah:
 
1. Membantu mempromosikan Malaysian Nature Society (MNS) dan Kelab Pencinta Alam (KPA)
2. Membantu team merchandise dan membership
3. Mengambil jumlah pengunjung di pintu gerbang Tanjung Tuan
4. Menjaga 5 checkpoint raptor race
5. Membantu membersihkan persekitaran Hutan Simpan Tanjung Tuan
6. Membantu menyemai biji benih pokok Merbau (seed germination by Secret Receipe)
 
Program ini adalah bagi memenuhi komponen khidmat masyarakat dalam penilaian Pengakap 2 dan juga persediaan ke arah Anugerah Baden Powell dengan melengkapkan Lencana Perkhidmatan.