10 Mac 2024 (Ahad)
 
Seramai 18 orang ahli Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson diiringi oleh Puan Nur Hafezah binti Md Yasin dan Puan Azeliana binti Embong telah menyertai Seminar Kefahaman Falak dan Cerapan Anak Bulan.
 
Seminar ini adalah anjuran Kompleks Baitul Hilal MAINS, Port Dickson.
 
Diharapkan penglibatan ahli kelab dalam program ini dapat memberi pendedahan kepada semua ahli kelab tentang kaedah penentuan tarikh 1 Ramadhan 1445H di Malaysia.