9 MAC 2024 (Sabtu)
 
Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Norhanani binti Abd Rahman Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Kelanasiswa Malaysia dan juga merupakan Pesuruhjaya Daerah Kelanasiswa Politeknik Port Dickson di atas penerimaan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) Persekutuan Pengakap Malaysia. Pingat yang disampaikan oleh Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Majlis Istiadat Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia, Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023.
 
Turut menerima Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) Tn. Mohd Zawi Bin Che Musa, Pesurujaya Ibu Pejabat Negeri Kelanasiswa Malaysia yang juga Penolong Pemimpin Daerah Kelanasiswa Politeknik Port Dickson.
 
Majlis penyampaian Bintang dan Pingat ini diadakan di Balai Istiadat, Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka menyaksikan seramai 375 penerima Bintang dan Pingat.