Lawatan Penanda Aras daripada Pihak ILP Kepala Batas untuk program DEG dan DEQ.
 
Program ini disertai oleh Encik Hairul Nizzat Bahrin selaku Pengarah, En. Zahari Md Zin selaku Timbalan Pengarah Latihan serta dua orang Pensyarah Kanan iaitu En. Salrizal Abd Aziz dan En. Shahril Majid dari ILP Kepala Batas.
 
Lawatan ini adalah untuk melihat program dan peralatan yang dilaksanakan oleh program DEG dan DEQ di Politeknik Port Dickson.
 
Semoga lawatan ini dapat memberi input yang positif bagi pihak ILP Kepala Batas dalam mewujudkan kursus bagi sistem solar dan kecekapan tenaga nanti.