MAJLIS KICK-OFF PESERTA PolySTraC 2024
 
4 Mac 2024
 
Majlis kick-off telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Port Dickson,Tn Haji Hasan Bin Mohd Sharif. Terima kasih di atas sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada para peserta.
 
Polytechnic Students Trading Challenge (PolyStrac) 2024 peringkat kebangsaan ini adalah anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Idris Shah (PSIS) dan Bahagian Kurikulum JPPKK dengan kerjasama Asri Ahmad Akademi dan Bursa Malaysia.
 
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pengalaman sebenar kepada peserta tentang aktiviti jual beli saham di Bursa Malaysia. Seramai 8 peserta dari program Diploma Akauntansi semester 4 menyertai pertandingan dan diiringi 2 jurulatih terdiri daripada pensyarah perakaunan.
 
Pertandingan jual beli saham ini akan berlangsung selama 15 hari bermula 11 sehingga 29 Mac 2024 dan sesi pitching akan dilaksanakan pada 30 April 2024. Oleh itu bagi melayakkan peserta menyertai program ini, peserta wajib menghadiri Bootcamp: Asas Pemilihan saham yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac di Bursa Saham Kuala Lumpur.