29 Feb 2024 (Khamis) - Kem Kepimpinan Siswa JKA 2024 “leadership skill” telah berlangsung bermula pada 28/2/2024 sehingga 29/2/2024 anjuran Kelab Pelajar dan Unit Kaunseling Dan Kerjaya, JKA, Politeknik Port Dickson.

Seramai 30 orang pelajar dan 6 orang pensyarah telah terlibat dalam program ini. Penganjuran kem ini bertujuan membentuk sahsiah kepimpinan yang berkualiti kepada bakal pemimpin kelab pelajar di Jabatan Kejuruteraan Awam di samping meningkatkan ketahanan fizikal dan mental pelajar dalam mengendalikan pelbagai situasi dan cabaran serta meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri peserta. Antara aktiviti yang berlangsung semasa program adalah slot kepimpinan, team building games, motivasi diri yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Politeknik Port Dickson dan aktiviti water confident bersama anggota bomba dan penyelamat Teluk Kemang di World Marina Campsite.