Jumaat, 1 Mac 2024
 
"Majlis Sepetang Bersama: Pengarah dengan Staf Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson"
 
Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Hj Hasan bin Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama duduk semeja dgn warga Jabatan Perdagangan beramah mesra dan membincangkan isu semasa.
 
Ketua Jabatan Perdagangan, Pn Rohana Mat turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan para pensyarah JP kepada Pusat Islam untuk Infaq Iftar pelajar di Pusat Islam berjumlah RM3200.00 sempena Ramadhan yg bakal tiba.
Terima Kasih daun keladi, semoga majlis pada hari ini dapat merapatkan hubungan antara warga JP dengan pihak pentadbir Politeknik Port Dickson.