23 Februari 2024 (Jumaat)
 
Politeknik Port Dickson (PPD) menerima sijil sebagai rakan strategik Rumah Ibadah Hijau (RIH) untuk Negeri Sembilan daripada Malaysian Green Technology And Climate Change Centre (MGTC) di Program Rumah Ibadah Hijau - Budaya Gaya Hidup Hijau Ke Arah Keseimbangan Alam di Masjid Sendeng, Ampangan, Seremban.
 
YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli telah menyampaikan sijil kepada Tn Haji Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson sempena majlis perasmian sistem solar di Masjid Sendeng, Ampangan, Seremban.
 
MGTC adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli yang telah menganjurkan program ini sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) PPD. MGTC telah melantik JKE PPD sebagai rakan strategik Rumah Ibadah Hijau melalui program DEQ dengan bantuan dan sokongan 4 program lain di JKE iaitu DEG, DET, DTK dan DEP.