24 November 2023 (Jumaat)
 
Seketariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dengan Kerjasama Rakan Muda Telok Kemang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah melaksanakan Kem Perkasa Siswa selama 3 Hari 2 malam bertempat Berhulu Kem Serting Hulu.
 
Seramai 40 orang pelajar telah menyertai Kem Perkasa ini. Objektif program adalah adalah berfokus kepada mendapat Anugerah Rakan Muda seterusnya melahirkan pemimpin yang berkeyakinan dan berwibawa. Kem ini disempurnakan oleh En. Noorulhuda Pegawai Belia Daerah Port Dickson, turut Hadir Penasihat SRM Yusnizam dan Alumni SRM Poli PD. Setinggi- tinggi penghargaan kepada JHEP kerana sentiasa memberi sokongan aktiviti pelajar.