30 Oktober 2023 (Isnin)
 
Telah berlangsung Program Civil Engineering Department Fun Day 2023 (CED FUN DAY 2023) anjuran Unit HEP Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson dan Kelab Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam.
 
Program yang melibatkan semua pelajar dan pensyarah Jabatan kejuruteraan Awam ini diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya perarakan rumah sukan, zumba the warrior, fun run dan sukaneka.
 
Pada sesi petang pula diadakan Majlis Anugerah AKJ dan Program Bicara Eksekutif yang disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Chan Chee Ming (UTHM) iaitu panel IAP Program Diploma Kejuruteraan Awam.
 
Tahniah dan syabas diucapkan bagi semua penerima anugerah. Semoga program ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk lebih cemerlang di masa akan datang.
 
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah di atas penglibatan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program-program tersebut.