25 November 2023: Program Jejak Batu Putih "Hike & Clean"
 
Seramai 120 ahli Kelana KLKM, Politeknik Port Dickson termasuk 7 orang pemimpin bersama dalam menjayakan program Jejak Batu Putih "Hike & Clean".
 
Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli kelana berkaitan menjaga kesihatan dan juga alam sekitar. Ini bertepatan dengan undang-undang pengakap yang dipegang oleh setiap ahli kelana.
 
Selain mendaki Bukit Batu Putih dengan ketinggian 223 dari aras laut, KLKM turut melaksanakan aktiviti mengutip sampah disepanjang laluan pendakian.
 
Pelaksanaan program ini juga bagi memenuhi komponen ARPRM dan aktiviti lencana dalam sukatan Pengakap Kelana Politeknik ke arah Anugerah BP.