Kelana KLKM Politeknik Port Dickson bertugas di 3 lokasi Jota Joti - 21hb. - 22hb. Oktober 2023
 
Jota Joti adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Pengakap seluruh Dunia. Ianya adalah Jambori on the Air (JOTA) dan Jambori on the Internet (JOTI). Semasa Jota Joti ahli pengakap akan berhubung dengan seluruh menggunakan Radio Amatur. Selain itu pelbagai aktiviti berkaitan Jota Joti turut diadakan.
 
Pada tahun ini, Kelana KLKM Politeknik Port Dickson berkhidmat sebagai sukarelawan di 3 lokasi Jota Joti iaitu Stesen KLKM PSAS - 9M4SJU, Stesen Pengakap Merlimau - 9M4SJZ dan Stesen Seremban Timur - 9M4CSN.