21 Oktober 2023 (Sabtu)
 
Program Jom Cerap Bulan bersempena "International Observe the Moon" dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Balai Cerap Teluk Kemang serta Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Razali bin Bakri.
 
Seramai 120 orang telah hadir bagi memeriahkan dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti Bengkel Viewing and Photography the moon disampaikan oleh Encik Muzamir Mazan manakala sesi perkongsian tentang bulan dikendalikan oleh Puan Siti Sarah binti Nordin.
 
Aktiviti mewarna serta aktiviti bermain untuk kanak-kanak dikendalikan oleh Puan Noor Asyikin binti Ahmad, Pegawai Psikologi dari Politeknik Port Dickson.
Program ini merupakan program bercorak memupuk kesedaran untuk meneroka alam semesta berpandukan ilmu sains dan teknologi masa kini.