Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) & Pusat Teknologi JKE (CENTS), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan Kursus Profesional Fiber Optic Cable: Internal Network Certification (CA1C) & External Network Certification (CA2C) serta praktikal Installation & Testing Fiber to the Home (FTTH) pada 12 – 13, 17 - 18 Oktober 2023.
 
Tenaga pengajar program ini adalah daripada pensyarah DEP, JKE yang telah memiliki Sijil CA1C, CA2C dan CFOT.
 
Program yang menjadi kekuatan JKE dalam audit ETAC baru-baru ini merupakan program tahun ke 3 yang dianjurkan. Penyertaan seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah program DEP dan DTK.
 
Pada 19 Oktober 2023, adalah peperiksaan profesional CA1C & CA2C di mana sijil tersebut akan dikeluarkan oleh Telekom Malaysia. Peperiksaan ini dilaksanakan di pusat TM Cyberjaya. Tahniah kepada peserta yang berjaya.