Pada 10 Oktober 2023 pelajar DSK 5B di bawah kursus Event Organization telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Gombak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Gombak.
 
Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menyantuni penghuni Teratak Ummi ini antaranya aktiviti berkumpulan, gotong royong sekitar rumah dan juga penyerahan sumbangan berupa barang keperluan dan wang tunai.
 
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar DSK 5B kerana telah berjaya menganjurkan program ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim dan menceriakan semua penghuni Teratak Ummi.