11 Oktober 2023 (Rabu)
 
Dukacita dimaklumkan Syed Ahmad Hafiy Bin Syed Hassan, Pelajar DEP5B - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson telah kembali ke rahmatullah, 6.20 pagi akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Seremban Port Dickson menghala Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Jenazah telah dibawa ke Johor Bahru untuk urusan pengebumian pada jam 3.50 petang dari Hospital Daerah Port Dickson.
 
Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham Syed Ahmad Hafiy bin Syed Hassan dan ditempatkan bersama para solihin di syurgaNya.
 
Al- Fatihah.