10 Oktober 2023 - Program 'Caribbean Treasure'.
 
Program ini telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar DPK50183 Event Organization dari DSK5A, Jabatan Perdagangan yang bertempat di SK Intan Perdana dengan penglibatan 145 murid Darjah 6.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Bahudin bin Sharif, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Intan Perdana.
Program ini telah melahirkan pelajar yang berupaya dalam mengeluarkan idea-idea bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan, mengeratkan hubungan dan semangat berpasukan antara para peserta dan fasilitator serta meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.