29 September 2023 (Jumaat)
 
Bengkel Pembangunan & Penghasilan Produk Inovasi Untuk Diaplikasi anjuran Unit Inovasi dan Penyelidikan Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah dilaksanakan.
 
Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar projek semester 5 berkaitan aplikasi projek terutama dalam menghasilkan projek 4IR berbentuk IoT. Fokus utama adalah membantu pelajar dalam membangunkan perantaraan antara perkakasan dan perisian.
 
Bengkel ini disampaikan oleh penceramah pakar dalam IoT iaitu En. Mohd Hafiez bin Ahmad dan Ts. Dr. Sharifah Nadiyah binti Razali.
Disediakan oleh:
 
Ts. Dr. Norhanani Abd Rahman
Ketua Unit Inovasi dan Penyelidikan
Jabatan Kejuruteraan Elektrik