Program perkongsian ilmu berkaitan rekabentuk yang akan disampaikan oleh Pengarah Urusan Samsung SDIEM Seremban Negeri Sembilan kepada pelajar semester 5 JKM merupakan salah satu aktiviti P&P yang dirancang oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson bagi sesi pengajian ini. Seramai 150 orang pelajar akan mengikuti sesi perkongsian ilmu tersebut.
 
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar-pelajar bagi kursus DJJ 40173- Engineering Design, DJJ40182 – Project 1 dan DJJ50193- Project 2. Kursus ini berkaitan dengan aplikasi pengetahuan menjalankan rekabentuk, metodologi dan analisis serta kelestarian kejuruteraan di dalam penghasilan projek. Dengan adanya perkongsian ilmu ini pelajar akan dapat merekabentuk sesuatu produk dengan lebih baik.