Program perkongsian ilmu berkaitan Manufacturing and Maintenance Production yang disampaikan oleh Pengarah Ichikoh Malaysia kepada pelajar semester 5 JKM dan ini merupakan salah satu aktiviti P&P yang dirancang oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson. Seramai 120 orang pelajar mengikuti sesi perkongsian ilmu tersebut.
 
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar-pelajar tentang pengetahuan menjalankan pembaikpulihan (maintenance), keselamatan, konsep 5S yang diamalkan di industri. Dengan adanya perkongsian ilmu ini pelajar akan dapat memahami dengan lebih baik dan bersedia untuk memasuki dunia industri kelak.