26 September 2023 (Selasa)
 
Program Latihan Kebakaran JKM Tahun 2023 ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar bagi kursus DUW10022: Occupational Safety and Health For Engineering berkaitan topik Fire Safety. Topik ini memerlukan pelajar memahami, menerang dan mendemonstrasi laluan kecemasan. Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Emergency Response Team (ERT) JKM telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pengurusan akademik JKM bagi merancang dan melaksanakan latihan kebakaran untuk tahun 2023 serta mencapai objektif pembelajaran bagi tajuk keselamatan kebakaran.
 
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk:
 
(a) Mengaplikasikan prosedur SOP yang betul ketika menghadapi situasi kecemasan dalam kawasan kampus kepada pelajar dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
(b) Mengenalpasti kedudukan dan peranan peralatan serta kemudahan berkaitan keselamatan kebakaran.
(c) Membudayakan amalan baik keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat belajar / tempat kerja.
 
Butiran program :
 
Tarikh : 26 September 2023
Masa : 9.45 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson
Aktiviti : Interactive Lecture, Demonstration
Peserta : 279 orang pelajar dan 30 orang staf
Bomba : 2 jentera dengan 15 orang anggota