Program Perkhemahan Lencana Kemahiran, Kumpulan Latihan Kelansiswa Malaysia (KLKM), Politeknik Port Dickson pada 22 - 24 September 2023.
 
Seramai 130 peserta dan urusetia telah menyertai program Perkhemahan Lencana Kemahiran yang diadakan di Padang Politeknik Port Dickson.
 
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Vigil – proses mengenal diri sebagai seorang kelana, Pertolongan cemas, simpulan & ikatan, projek pioneering, perkhemahan, kawad tongkat, Istiadat pagi, Malam Kebudayaan dan survival. Aktiviti kemuncak adalah Pelantikan Kelana di mana pemakaian Epolet oleh Pemimpin dan lafaz persetiaan Pengakap oleh kelana di hadapan Pemimpin.
 
Perkhemahan ini adalah salah satu komponen Lencana Kemahiran yang melayakkan kelana untuk ke arah Anugerah Baden Powell dan memenuhi sukatan kursus Pengakap Kelana Politeknik Malaysia.