22 September 2023, Dataran Pelajar, Politeknik Port Dickson
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Karnival Semarakkan Bahasa Anjuran Jabatan Pengajian Am pada pagi ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Khir Johari Bin Abas, Ketua Jabatan Pengajian Am di Dataran Pelajar, Politeknik Port Dickson.
 
Dalam ucapan penutup, Ustaz Mohd Khir Johari mengucapkan tahniah kepada warga Jabatan Pengajian Am kerana telah berjaya melaksanakan program dan seterusnya mencapai objektif program yang dapat menimbulkan minat di kalangan mahasiswa untuk mempelajari dan menjiwai bahasa lain selain bahasa Ibunda serta mengasah bakat dan potensi mahasiswa dalam berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa.
 
Kategori Pertandingan adalah:
 
1. Pertandingan Kaligrafi Khat
2. Pertandingan Nyanyian
3. Pertandingan Kaligrafi Bahasa Cina
4. Pertandingan Deklamasi Sajak kategori pelajar
5. Pertandingan Deklamasi Sajak kategori Staff PPD
6. Pertandingan Ninja Bee
7. Pertandingan Busking
 
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Karnival Semarakkan Bahasa Anjuran Jabatan Pengajian Am ini dimeriahkan denagn Persembahan Doll Drum daripada Tirrathjit Singh A/L Manjit Singh, nyanyian lagu Tamil bertajuk Vaa Vathi daripada pemenang Pertandingan Nyanyian, Kavinraj Nagaraju, deklamasi sajak bertajuk Mencintai Tanah Ini daripada Nur Faqihah binti Razali. Antara acara kemuncak pada pagi ini adalah satu persembahan khas daripada Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson bersama pensyarah bahasa Inggeris, Puan Susan Teng.
 
Sekali lagi, Jabatan Pengajian Am mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang dan peserta Karnival Semarakkan Bahasa.