Pada 13 - 15 September 2023 telah berlangsung Regional TVET (ReTVET) Conference 2023 di Politeknik Port Dickson. ReTVET 2023 merupakan suatu platform kepada penyelidik dalam kalangan pensyarah POLYCC membentangan kertas kajian penyelidikan dan inovasi secara telesidang. Bertemakan “’Fostering Research and Innovation for TVET Excellence”, sebanyak 114 kertas penyelidikan yang diterima dalam kalangan pensyarah POLYCC.
 
Kemuncaknya, pada 15 September 2023 berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup Regional TVET (ReTVET) Conference 2023. Antara tentatif adalah penyampaian keynote speaker oleh Prof. Madya IR. Ts. Dr. Yuhazri Yaakob, UTEM dan Dr. Mohamad Siri bin Muslimin, PPD. Dalam majlis ini juga telah diumumkan 10 pembentang dan kertas penyelidikan terbaik. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Port Dickson Dr.Ishak bin Mohammad.