Dua peserta, saudara Kang Jun Xiang dan Muhammad Redwan Mohd Noor dari Politeknik Port Dickson melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan 'What Say You' sempena Karnival Pendidikan Pengkomersilan POLYCC 2023 anjuran Politeknik Melaka bertempat di Hotel Temasek, Melaka. Pasukan Politeknik Port Dickson turut diwakili oleh saudara Tharvin Nair a/l Murugan. Para pelajar telah dilatih oleh Pn Teng Yee Ling Susan dan Cik Masniza Mansor dari Jabatan Pengajian Am.
Dalam pertandingan akhir yang sengit, Kang Jun Xiang dari DEG5A telah meraih tempat ke-3 dan Muhammad Redwan Bin Muhammad Noor dari DAD4A telah mendapat tempat saguhati. Tahniah Team PPD.