Majlis ringkas Pembukaan Hari Kokurikulum & Taklimat Pendaftaran bagi Sesi 1 2023/2024 dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Mejar (Kehormat) Dr Ishak Bin Mohamad, Pengarah Politeknik Port Dickson serta penyerahan hadiah cenderahati kepada pelajar Nisrina Safiyyah Binti Mohd Razip (DSB3A) yang berjaya merangkul Emas acara Petanque Kategori Single Perempuan dan Gangsa bagi acara Petanque Kategori Triple Perempuan dalam pertandingan MYPOLYCC Sport Carnival 2023. Tahniah diucapkan kepada Saudari Nisrina diatas pencapaian cemerlang tersebut.