23 Ogos 2023 (Rabu) - Majlis Penutupan Minggu Transformasi Siswa Sesi I : 2023/2024 di Politeknik Port Dickson telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang bertemakan bulan kemerdekaan yang ke 66.
Terima kasih saf kepimpinan fasilitator MPP PPD, JPKK, PRS,RAPI,badan beruniform dan persatuan yang banyak membantu sepanjang program MTS ini berlangsung.
Tidak lupa kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dan pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mahupun di belakang tabir.
Semoga pelajar baharu terus maju jaya dan terus cemerlang sehingga ke puncak kejayaan. Selamat menempuh alam kampus di Politeknik Port Dickson.