27 Jun 2023 (Selasa) - Majlis 'flag off' penyertaan PoliPD dalam pertandingan FORMULA MOTORSPORTS EDUCATION COMPETITION 2023 yang akan diadakan pada 25 & 26 Julai 2023 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Port Dickson Dr. Ishak bin Mohamad.
 
Turut hadir En. Razali Bakri, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PPD, Ketua-Ketua Jabatan, pelajar JKM Automotive dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PPD.