24 - 25 JUN | KEJOHANAN RAGBI 10's
 
Pasukan Ragbi Politeknik Negeri Sembilan mempamerkan Semangat Kesukanan Tinggi dan menggondol Johan (Bowl) di Kejohanan Ragbi 10's Balik Pulau Kategori IPT.
Pasukan Politeknik Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Balik Pulau 10's yang berlangsung pada 24-25 Jun 2023 (Sabtu - Ahad) bertempat di Padang Ragbi Politeknik Balik Pulau. Pasukan ini terdiri dari gabungan atlet dari Politeknik Nilai dan Politeknik Port Dickson.
 
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Ragbi Balik Pulau yang disertai oleh 34 pasukan dari seluruh Malaysia dan 2 pasukan dari Indonesia. Pasukan politeknik termasuk dalam Kategori IPT bersama 10 pasukan dari IPT seluruh Malaysia yang mengambil bahagian.
 
Pasukan Politeknik mempunyai rekod dua kalah dan dua menang pada peringkat kumpulan di samping berada di dalam kumpulan bersama Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) & Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Untuk ke final mereka menang bertemu pasukan IPDA dan perlawanan akhir Kategori Bowl menentang pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
 
Setinggi-tinggi tahniah kepada setiap ahli Pasukan Ragbi Politeknik Negeri Sembilan atas pencapaian cemerlang ini. Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada jurulatih dan kakitangan sokongan kami yang berdedikasi yang telah memupuk dan membimbing pasukan kami sehingga mencapai ke tahap ini. Bimbingan kerja keras, disiplin dan semangat anda telah membuahkan hasil.
 
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur Kejohanan Balik Pulau 10's kerana telah mengadakan acara yang luar biasa yang mana telah menghimpun atlet berbakat dari pelbagai institusi.
Nantikan lebih banyak maklumat terkini kerana Pasukan Ragbi Politeknik Negeri Sembilan akan terus berusaha untuk kecemerlangan dalam pertandingan akan datang. Ayuh bersatu di belakang juara kita!