25 Mei 2023 (Khamis) - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan bekerjasama dengan Corporate Industry Services & Employability Centre (CISEC),Politeknik Port Dickson mengadakan Program MyFutureJobs@PPD.
 
Program ini diharap dapat memberi impak kepada imej keterlihatan PPD sebagai penyedia graduan TVET berkualiti, holistik dan seimbang. la juga turut memanfaatkan jaringan kerjasama strategik antara PPD dengan industri.
 
Program telah dilaksanakan di Dewan Wawasan dan Dewan Kuliah 4 PPD dengan penglibatan pelajar dalam segmen ”Bicara Kebolehapasaran & Profiling MYfutureJobs”, manakala di Makmal Komputer PPD turut berlangsung bengkel "Train the Trainer" kepada "change agent" bagi rakan strategik pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Negeri Sembilan dan Melaka bagi perlaksanaan inisiatif pusat satelit MYFutureJobs.