"Ramadhan Lebih Bermakna Bila DiKongsikan Bersama" - Program Tazkirah & Sadaqa Ramadan anjuran Sekretariat Rakan Muda, THEDSKSCSQUAD serta Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Semester 4 dan 5 Politeknik Port Dickson (PPD).
 
Objektifnya, untuk meringankan beban menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1444H/2023 kepada golongan B40 di Taman Politeknik (20 orang) dan Taman Intan Perdana (20 orang). Juga demi menjaga hubungan antara Politeknik Port Dickson dan penduduk taman perumahan yang berhampiran.
 
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Dr. Ishak Mohamad (Pengarah PPD), En. Razali Bakri (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PPD), Dr. Mohamad Siri Muslimin (Ketua Jabatan Perdagangan PPD) dan Pengerusi Taman Bukit Intan dan Taman Politeknik.