9 April 2023 (Ahad) - Program Iftar Prihatin di Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina, Kg. Gedang, Pantai, Negeri Sembilan anjuran Kelab Sekretariat Rakan Muda, Politeknik Port Dickson (SRMPPD).
Seramai 15 orang pelajar ahli bersama Ustaz Yusnizam Yahya, Penasihat, SRMPPD telah menyantuni anak-anak yatim tersebut.
 
Pelbagai aktiviti seperti gotong royong, Game Teka Silangkata, Muzikal Chair, pengagihan makanan, Tahlil, solat maqrib & isyak berjemaah dan pemberian cenderahati kepada mudir pusat jagaan tersebut.