1 April 2023 (Sabtu) - Seramai 212/214 calon MUET PPD telah selesai menduduki Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2023 bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson.
Tahniah dan syabas kepada Unit Bahasa Inggeris/Jabatan Pengajian Am terutama kepada Penyelaras MUET Cik Nurul Balqis Ahmad Zakaria dan Puan Noor Alina Namami di atas kelancaran penyelarasan peperiksaan MUET dan Puan Noor Azua Mohd Bahatera bagi pengendalian kelas Intensif MUET yang bermula seawal Disember 2022.
Calon-calon akan menduduki Ujian Lisan pada bulan Mei 2023 nanti, selamat maju jaya kepada semua calon MUET PPD Sesi 1/2023.