Jabatan Pengajian Am (JPA) telah berjaya menganjurkan Program Malaysia Madani Tahap 1 dengan mengangkat tema kenegaraan.
Inisiatif pertama ini dirintis dengan kerjasama erat Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
Program ini diharapkan berupaya melonjakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan para pelajar Politeknik Port Dickson.
Hubungan baik Politeknik Port Dickson dan i-LEAD KBS ini akan diteruskan pada masa hadapan.